? ??????????????Loving Embrace? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??15 Grabs Today. 4301 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????We could Be Dreaming? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??13 Grabs Today. 4930 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, August 24, 2009

Info Ad-din

BENARKAH mengerjakan puasa sunat selepas 15 Syaaban adalah diharamkan???

Rasulullah SAW bersabda dari hadis Abu Hurairah bermaksud,; "Apabila sudah berlalu separuh dari bulan Syaaban,maka janganlah kamu berpuasa". (Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis berkenaan, majoriti ulama berpendapat umat Islam tidak digalakkan melakukan puasa sunat selepas 15 Syaaban kecuali tiga perkara berikut iaitu; berpuasa kerana bernazar; puasa Kafarah (denda) dan berpuasa Qada (ganti). Ketiga-tiga sebab yang dimaksudkan itu mempunyai hujah kukuh untuk melakukan ibadat puasa bagi menyempurnakan puasa yang mereka tinggal, niatkan atau akibat kelalaian yang dilakukan.
Namun bagi, mereka yang sudah biasa melakukan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis, disunatkan meneruskannya sehingga penghujung bulan Syaaban. Kesimpulannya, larangan Nabi SAW itu ditujukan kepada mereka yang hanya melakukan ibadat puasa sunat ini semata-mata untuk menyambut ketibaan Ramadan..



Adakah boleh bagi seseorang yang sakit tidak berpuasa Ramadan kerana pada tempoh berkenaan menjalani rawatan dan perubatan???


Bagi mereka yang menjalani rawatan pada Ramadan, diharuskan berbuka puasa dan menggantikannya pada hari lain atau selepas sembuh, Firman Allah SWT yang bermaksud; " Barang siapa yang sakit atau bermusafir, maka bolehlah dia menggantikan pada hari yang lain (Qada). Sesungguhnya Allah menginginkan kemudahan bagi kamu dengan tidak membebankan bagi kamu atas sesuatu perkara". (Al-Baqarah; 185).
Sesungguhnya, Allah tidak pernah membebankan hambanya khususnya dalam melakukan ibadat. Ini dijelaskan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud; "Allah tidak memberatkan hambanya melainkan sekadar kemampuan yang ada pada mereka,"
Perlu diingatkan, walaupun tidak berpuasa kerana sakit dan menerima rawatan, pesakit perlu menghormati Ramadan termasuk tidak memakan di khalayak ramai kerana ia menyalahi adab pada bulan mulia..

0 comments: